Sokong Hunger Strike Melalui Facebook

Assalamualaikum,

Alhamdulillah syukur kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kerana memberi kesempatan kepada ana untuk update entri pada kali ini. Seperti yang sedia maklum, sekarang adalah waktu berlakunya peristiwa Nakbah yang ke 64 di mana pihak zionis telah menghalau rakyat Palestin dari tanah mereka melalui ketenteraan, membunuh ramai orang awam dan seterusnya tertubuhnya kerajaan haram Israel.

Hari ini juga berlakunya peristiwa menyokong Hunger Strike yang telah dimulakan tahanan Palestin di penjara Israel sejak berbulan yang lalu. Ada yang sudah tidak makan untuk dua bulan, ada yang sebulan, sehingga beribu-ribu ramai tahanannya. Salah satu sebab berlaku mogok lapar ini kerana pihak Israel telah membuat penetapan baru di dalam mahkamahnya yang tidak adil bahawa sebarang tahanan boleh dipenjarakan SELAMA-LAMANYA tanpa bicara!

Bagi memastikan peristiwa ini tidak ditenggelam media yang cuba menutup dengan pelbagai berita-berita sampah, maka satu inisiatif adalah dengan menukar gambar profil di Facebook kepada salah satu dari yang ada di bawah. Ana telah menukar gambar ana supaya tanda kita menyokong rakyat Palestin, dan memberi pendedahan media berhubung keadaan itu.

Umat Islam ibarat satu jasad. Kalau sakit satu bahagian, sakitlah seluruh jasad! Semoga ana istiqamah dalam penulisan ana, wassalam.

P/S : Kepada yang kurang pasti nak dapatkan avatar ni di mana, copy saja dari profil rakan anda yang sudah buat dan ubah di profil anda. Keep the flame on!

Posted in Hebahan, Isu Semasa, Lifeline 4 Gaza | Leave a comment