Assalamualaikum,
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana beri kesempatan kepada saya untuk update entri pada kali ini dalam nikmat Iman dan Islam. Entri kali ni berkaitan pelaburan yang pernah saya fikirkan, dan masih dalam pertimbangan samada untuk sertai atau tidak, iaitu pelaburan Bank Rakyat i-Qiradh.
Kalau saya x silap, pelaburan i-Qiradh ni masih baru sebab saya baru perasan banner yang dipasang di bank pada cuti Disember yang lalu, jadi kiranya masih baru tapi tidak semestinya masih kurang pelabur. Memandangkan ia membawa sekali logo perbankan Islam jadi rasanya i-Qiradh ni adalah pelaburan islamik. Diingatkan kepada para sahabat agar jangan mudah tertipu dengan perkataan pelaburan yang menggunakan bahasa arab kerana tidak semua pelaburan yang dijenamakan dalam bahasa arab itu adalah islamik. However, InsyaAllah pelaburan i-Qiradh ini islamik.
Tambahan pula pelaburan i-Qiradh boleh bermula dengan capital yang rendah iaitu hanya RM500 saja bagi yang umum. Memang ada pelaburan yang khusus tapi modal agak besar terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah atau mula berjinak dalam pelaburan di usia muda seperti remaja-remaja yang bergantung pada duit alaun atau PTPTN. Target keuntungan dalam 5% sebulan, jadi in my opinion agak besar.
Kalau saya x silap, minimum pegangan matang adalah satu tahun, dan kurang daripada itu akan dikenakan penalti. Logically, kalau 5% sebulan maknanya lebih kurang 60% sebulan. Jadi, kalau invest RM500 dapat keuntungan dalam RM25 sebulan. Kalau 12 bulan x RM25 maknanya RM300 setahun. Wow, agaknya tu lagi banyak dari ASB atau ASBI. However, saya pun kurang pasti tentang bab tu jadi lebih baik kalau jumpa customer center.
So, kepada yang nak mencuba, bolehlah cuba tanya berkenaan i-Qiradh, selain dari islamik dan menyokong pelaburan islamik, anda juga boleh mendapat keuntungan bulanan. So, its a good alternative untung mereka yang berminat untuk saving. Link berkaitan.
P/S : Baru saya tahu rupanya kalau nak tutup akaun BIMB Al-Awfar kena pergi apply di bank tempat kita register pelaburan…


