SOPA/PIPA Efek Malaysia?

Assalamualaikum,

Alhamdulillah syukur kepada Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang kerana memberi kesempatan kepada saya untuk update entri kedua dalam domain baru ini dalam nikmat Iman dan Islam, InsyaAllah. InsyaAllah, proses backlink laman blog ni dah pun dimulakan untuk naikkan semula rankingnya supaya sama seperti laman blog yang sebelumnya InsyaAllah akan diselesaikan dalam masa 24-48 jam.

Kalau tengok dalam dashboard WordPress ni, rata-rata yang blogging tentang SOPA/PIPA. Kepada sahabat sekalian yang kurang pasti apa dia SOPA/PIPA ni, basically ia adalah satu akta atau pun ‘Bill’ yang mana internet ini tidak akan lagi sebebas dahulu. Actually selain dari SOPA/PIPA ni, dalam beberapa tahun yang lalu dah ada sekumpulan penganalisis freelance buat prediction internet akan disekat dengan duit. Well, bayangkan satu masa nanti kita perlu membayar RM10 untuk melawat 100 website. Sebaik sahaja kredit 100 website tu habis, kita perlu topup lagi pula. Ala-ala macam kredit telefon cumanya the level of irritation sangatlah tinggi (ni bukan info SOPA/PIPA, tapi what might happen nanti).

Apa itu SOPA/PIPA, lihat video di bawah.

So, pihak kongress kata SOPA/PIPA ni nak dilaksanakan sebab menentang cetak rompak dan pelbagai perkara yang boleh efek Amerika (bayangkanlah…pemberontakan besar yang berlaku di Timur Tengah antara sebabnya adakah adanya Facebook). Sebelum ni Barrack Obama kata dia tidak bersetuju dengan SOPA/PIPA bill tapi who knows the outcome, right?

Downfall kepada sistem dakwah yang dimulakan secara online memang ada. Jika Facebook yang berpengkalan di US kena mula filter content, ada kemungkinan islamik content pun akan ditapis sebab Sunnatullah umat manusia sekarang semakin mendekatkan diri kepada Islam (tanda akhir dunia, sistem seperti konsep Nubuwwah akan tertegak). Youtube yang memaparkan ceramah-ceramah pun mungkin disekat terutama ceramah daripada Dr. Zakir Naik dan Ahmad Deedat yang mana konsep dakwahnya kepada bukan Islam memang berkesan, InsyaAllah.

Malaysia langsung takde efek ke? Well, bagi mereka yang membuat hosting based di Malaysia (seperti hosting Baitulbytes) mungkin takde masalah tapi yang menggunakan hosting US mungkin akan berhadapan dengan total shut down sekiranya ada offensive material. We all know pihak yahudi yang menguasai Amerika, jadi bersedialah dengan apa jua taktik licik yang ada. Blog ni hosting oleh NetKL. Kalau NetKL buat reseller hosting dari US, memang sakit lah…tapi jangan dilupa Malaysia melantik penasihat APCO yang memang pakar dalam bab propaganda dan political influences.

Apa-apa pun, tidak kira bagaimana pun perancangan mereka, Allah Maha Perancang. Lihat saja peristiwa 11 September yang memfitnah umat Islam kononnya supaya bukan Islam membenci umat Islam bukan sahaja kurang berjaya, malahan bilangan masyarakat belum Islam yang memeluk agama Islam meningkat dengan sangat drastik terutama di benua Eropah. Video ni buat oleh Evangelian kristian jadi memang dia suruh sebar agama kristian di akhir video tapi ambil core points dia iaitu Eropah bakal menjadi benua Islam.

Mungkin juga bila semua benda dah disekat, maka tiadalah lagi umat Islam yang lalai membuang masa di Facebook dengan perkara yang lagha, dan tengok video klip yang merosakkan minda lalu melahirkan umat Islam yang lebih baik, wallahualam kerana hal ini telah pun berada di dalam perancangan Allah yang Maha Perancang.

Semoga saya istiqamah dalam penulisan saya, wassalam.

P/S : Shareholders influence the education system, education system influence the society, society influence the nation…fikir-fikirkan…

 

No related content found.

This entry was posted in Isu Semasa. Bookmark the permalink.

4 Responses to SOPA/PIPA Efek Malaysia?

  1. Genji says:

    adoi di tapis pulak. . . mmg la kne ada cetak rompak, mcm dvd kalo takde cetak rompak org takkan tau wujud nya cerita tu…kebaikkan cetak rompak ialah mampu menaiktaraf sesuatu benda. . .benda tu akan berkembang. 100% tak setuju . .. .kalo nie diluluskan mmg dunia jadi huru hara . . . nie sepertinya maltlamat bill gates hancur sama skali. . . baik buang je lappy ;p kalo bukan gara2 bebas internet, takkan lahir anak2 muda yang berjaya . . . bandingkan zaman dulu dan zaman sekarang.

    • Everyone ada pendapat sendiri, right Genji? Kalau tengok dari segi hukum pun, ustaz-ustaz ada perbezaan pendapat…Kalau berdasarkan soalan yang pernah ditanya kepada Ustaz Azhar Idrus, UAZ kata boleh pakai cetak rompak sebab syarikat/negara origin perisian ni dah banyak memusnahkan negara umat Islam macam yang berlaku di Palestin, Afghanistan dan Iraq tapi kalau gunakan pendekatan oleh Ustaz Zaharuddin (UZAR) yang juga mengambil pendapat Dr. Yusof Al-Qardawi, dia kata tak boleh sebab Islam mengiktiraf hakcipta…boleh refer sini (link)…wallahualam :)

  2. Tak tau sejauh mana teori internet kena bayar tu akan berlaku. Hopefully Malaysia ada backup plan.

    Even though jaringan internet akan limited kepada pemgguna dari Malaysia sahaja pun itu dah cukup baik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>