Assalamualaikum,
Alhamdulillah syukur kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kerana memberi kesempatan kepada ana untuk update entri pada kali ini dalam nikmat iman dan Islam, InsyaAllah. Ada yang bertanya ana, sekiranya ana sudah blogging setahun lebih, mengapa tidak ramai pembaca?
The answer is simple. Domain ini tidak sampai sebulan. Sebelum ni ana gunakan platform wordpress percuma. Cumanya, sebaik saja ana tukar kepada paid domain, ana import semua post yang lama-lama ke blog ni menggunakan plugin WordPress Importer. So, sekalipun entri ada yang lama, tapi memang baru lagi domain ni. Plus, new domain memang sukar nak rake SEO since everything ana buat adalah free (bukan paid SEO experts), cuma adalah buat payment RM10 untuk 4000 backlinks untuk laman yang ada Page Rank 1-4. Its a boost, tapi Wallahualam samada efektif atau pun tidak.
So, hari ni ana nak kongsikan tentang dropshipping. Eh, kenapa pula tetiba nk kongsi tentang dropship? Well, since ada yang bertanya about why I stop blogging, dan sebagainya, I might as well bagi sedikit old tips bagaimana nak memulakan bisnes menggunakan laman web Ebay atau seangkatan dengannya. Rahsianya? Dropship.
Apakah dropship? Dropshipping ni adalah di mana kita menjadi agen kepada suatu kedai, contohnya Walmart. So, kita jual barang Walmart sekalipun kita tiada barangnya. All we need adalah melayan phone call dan SMS atau email, the rest, including postage, serahkan saja pada Walmart. Halalkah dropship? Memang benar sekiranya kita menjual benda yang kita tiada, apa saja keuntungan yang kita ambil adalah riba.
Example? Kita hendak pergi Indonesia untuk bercuti. Kemudian, ada kawan nak pesan barang. Kita pun kata, harga barang tu RM10 walaupun harganya sebenarnya RM5. So, kawan tu bagi kita duit, dan kita beli barang tu. RM5 tu kita ambil untung. So, RM5 tu haram hukumnya. Unless, if kita dilantik menjadi agen jualan seperti di atas. Konsepnya seperti ini, kita tidak boleh menjual ikan Parang yang masih lagi berada di dalam laut kerana belum tentu kita dapat menangkapnya…understood?
So, dropship termurah adalah dari China. Salah satu yang pernah ana gunakan adalah DHGate. DHGate memang agak famous, malahan sekiranya sesiapa yang ada beli ebook tentang dropshipping, ana yakin DHGate antara yang tersenarai. Ada banyak lagi syarikat dropship lain, antaranya based in Singapore dan ada juga yang dibuat oleh Pos Malaysia (ana tak pernah guna) tapi DHGate is one of the not scammed one. Banyak yang scam, so kena hati-hati.
Sama seperti Lelong atau eBay di mana ada penilaian based on feedbacks, begitu juga DHGate. DHGate ada penilaian penjualnya sendiri. Malahan di DHGate, sahabat dengan mudah boleh mendapat waving fees untuk penghantaran sekiranya order dengan banyak. China banyak inventori pelik, so memang menarik kalau dapat jual. Malahan sekiranya kita banyak berurusan di DHGate (back then), kita boleh dapat $100 percuma untuk digunakan di DHGate.
Selain dari itu, ada yang boleh beli barang wholesale secara sendiri dengan pergi ke China. Sesetengah laman web perniagaan ada menguruskan lawatan sambil memborong. So, pastikan memang betul boleh memborong. Lastly, pastikan barang yang sahabat nak dropship tidak dikenakan cukai kerana ia memberi aniaya kepada pembeli. Ana pernah ada pembeli yang beli jam telefon (ala-ala James Bond). Little I know bahawa barang elektronik dikenakan cukai back then. So, kenalah keluarkan duit tolong buyer tu, dan margin untung pun sedikit.
Step by step mulakan dropship? Begini caranya.
- Buka akaun di Lelong atau pun Ebay. Kalau Ebay perlukan debit card sebab nak kena bayar processing fees dan sebagainya. Lelong mungkin tidak perlu for now tapi masih perlu pengesahan identiti untuk jadi verified member iaitu perlukan salinan IC, lesen memandu dan header bil utiliti.
- Buka akaun Paypal dan pastikan verified dan link ke kad debit. Pilih business account dan bukan personal sebab kalau personal terlalu banyak limitation.
- Buka laman web DHGate dan mula register. Kemudian pilih item yang menarik.
- Mula naikkan repo. Bagaimana? Jual dahulu barangan dalam negeri yang ada dalam pegangan, contohnya barangan terpakai dan jual supaya boleh dapat rating positif. Bila dah dapat beberapa rating positif, baru mulakan dropship.
- Mulakan dropship. Pilih item yang menarik dan iklankan di laman web Lelong atau Ebay. Jangan lupa beritahu secara jujur details barangan termasuk origin.
- Good luck dan pastikan jujur dalam setiap perniagaan!
Kepada yang baru nak mulakan, boleh mencuba tips di atas. Jika kurang berani dengan dropship China, boleh cari dropship Malaysia (ada di Wangcyber) atau pun pakaian (macam penjual Abaya di Facebook tu…) atau pun beli sendiri barang kraftangan dan jual di eBay.
Jangan lupa beberapa perkara penting!
- Simpan butiran transaksi shipping sebab Paypal, Ebay atau Lelong akan perlukan untuk isi detail dan resolution case.
- Jangan simpan banyak sangat duit dalam Paypal so that sahabat tidak berputih mata sekiranya Paypal bekukan duit. Dulu, ana pernah dianiaya seorang pembeli dari Hong Kong. Beliau bukan sahaja buat charge back malahan ambil sekali barangan tu. Nasib baik akaun di Paypal dan USD0.00. So, masa tu akaun jadi negative. Paypal dont care sangat tentang seller. Banyak seller pernah dianiaya, so prepare for the worse.
- Akan tiba masa Ebay perlukan resit shipping, jadi bersedialah untuk bagi resit shipping atau print siap-siap.
Good luck dan sentiasa strive untuk mendapatkan rezeki yang halal, InsyaAllah. Semoga ana istiqamah dalam penulisan ana, wassalam.

