Ditipu RM1800, Baca Dan Ambil Langkah Berjaga-jaga

Assalamualaikum,

Alhamdulillah syukur kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kerana memberi kesempatan kepada ana untuk update entri kali ini dalam nikmat Iman, Islam dan juga kesabaran di mana setiap apa yang Allah lakukan itu sentiasa ada hikmah sekalipun tidak terjangkau akal kita.

Hari ini ana diuji dengan kesabaran dan musibah di mana ana telah ditipu oleh dua orang hamba Allah dengan nilai penipuan RM1800. Ana telah ambil langkah berjaga-jaga tetapi ia berlaku juga, malahan sudah buat rujukan pada malam sebelumnya namun tidak keluar amaran fraud sehinggalah it was too late. Ia bukan website phishing, tetapi lebih kepada penipuan secara halus melalui barangan pukal.

Modus operandi? Setelah ana ditakdirkan ditipu oleh mereka ini, maka ana pun lihat lagi sesiapa yang lain yang pernah ditipu. Antaranya modusnya,

  • Mengaku sebagai agen jualan barangan pukal. Deal pertama berjalan lancar, deal kedua buat khianat.
  • Mengaku sebagai consultant KFH untuk membuat loan bank.
  • Mengaku sebagai penjual dan sebagainya.

Rekod asal penipuan yang dilihat, paling awal ana jumpa ialah bulan Februari tahun lepas. Jujur ana katakan, ana dah buat semakan sebelum ni tetapi Maha Suci Allah, ana tak jumpa sebarang info yang mencurigakan sehinggalah ia berlaku. Mungkin Allah ingin menguji kesabaran ana, atau membersihkan harta dari sumber yang syubhah (terutama time ana berniaga dulu) atau hikmah-hikmah yang lain yang hanya Allah saja tahu.

So, berikut ialah maklumat yang ana dapat dari mereka ini. Dengar kata ada sebenarnya pihak yang dah membuat laporan polis tahun lepas tetapi polis tidak mengambil tindakan. Tidak mengejutkan :-

  • Nama: Abdul Kadir Md Sutan (mengaku nama Tuan Alman)
  • Akaun Bank Islam – 12207020014962
  • Nombor telefon – 0194101410

Yang ni pula adalah orang yang kedua.

  • Nama: Sulaiman (guna nama betul)
  • Akaun CIMB – 12290099939520
  • Nombor telefon – 0122237231 dan 0192444806

Dengar cerita ada seorang lagi, perempuan yang menggunakan akaun Maybank tapi ana kurang pasti infonya. Boleh ask Google.

Jadi, kepada sahabat yang belum lagi terkena dengan helah mereka ni, boleh buat rujukan di sini. Ana tidak berminat nak menyumpah seranah, kutuk mengutuk nama mereka ni sebab rugilah ana, dalam keadaan Allah mengurniakan hikmah doa yang tidak dihijab. “Ya Allah, atas kelebihan doa yang tidak dihijab kerana diriku dianiaya, aku memohon agar Engkau mengurniakan syurga kepadaku, kedua ibubapa ku, dan kaum keluargaku. Ya Allah, jadikanlah aku hamba yang beriman dan terdidik dengan kesabaran. Ya Allah, kurniakanlah aku ilmu yang membolehkan aku menegakkan agamamu. Ya Allah, berikanlah hidayah kepada mereka ini agar mereka jauh dari golongan yang rugi.”

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “kami beriman”, sedang mereka tidak diuji? [Al-Ankabut 29: 2]

RM1800 tidak besar jika dikira dengan azab yang Allah berikan di akhirat nanti. Ana redha atas hal yang telah ditentukan ini, semoga Allah memberi kekuatan kepada diri ini. Semoga ana istiqamah dalam penulisan ana, wassalam.

Update terkini: Kes ana sekarang bukan lagi di bawah Tribunal Pengguna (yang mengambil masa hingga 6 bulan) tetapi di bawah Jenayah Komersil PDRM.

P/S : Salah ana juga, terlalu selesa hanya kerana deal sebelum ini tiada masalah.

This entry was posted in Dari Seorang Blogger, Hebahan. Bookmark the permalink.

9 Responses to Ditipu RM1800, Baca Dan Ambil Langkah Berjaga-jaga

  1. yowp says:

    rupe nya da lame org ni wat tipu ek..nape la tak terpikir lgsg nk check dlu kt internet…

    hari ni baru j kne tipu rm500..ngan org ni jgak. no telefon sbijik

    • Salam, kena juga rupanya hari ni…hurm, kaya betullah orang ni dengan duit haram. Baru dapat info tentang owner pemilik telefon Maxis ni. Orang Kelantan duduk kawasan Peringat, umur 38 tahun. Tapi kurang pasti samada ini telefon curi atau tak sebab dia gunakan nombor Maxis yang sama tahun lepas. SO, agak illogical kalau ia telefon curi sebab modus operandi sama.

      • yowp says:

        yup..dy pakai no yang same.

        tapi acc BSN :-

        roslan bin mujina – 1013029000197975

      • yowp says:

        cane ek nk buat..kalo2 boley dpt balek duit tu.

        • Salam, jujurnya kemungkinan besar x dapat balik sebab kes ni bukan setakat kes biasa tribunal pengguna tu memandangkan orang ni bukan peniaga tetapi sindiket. Mungkin masuk mahkamah tapi belum tentu lagi sebab geng ni dah mula aktif sejak tahun lepas. Polis kata memang sukar sebab ada sindiket di Kuala Lumpur dan Selangor yang membeli kad atm dan akaun bank dari orang lain dengan harga RM200 bagi setiap akaun jadi berkemungkinan akaun itu tidak dimiliki ahli sindiket. Duit memang sukar nak dapat. Ibu saya cakap hari ni keluar Metro tentang tribunal pengguna suruh penjual bayar balik pembeli yang beli iPhone. Tapi, dalam hal ni…mereka ni bukan peniaga. Ini sindiket. Its different.

        • assalamualaikum, berkemungkinan tak dapat balik…sbb ni sindiket.

  2. yowp says:

    tapi yang pelik ny..diorang pakai no fon yg same

    xkan la polis lgsg tak wat siasatan?

    byak da kn org yang kne..dgn gune no fon yang serupa..

    kalo mcm tu..ape2 transaction yang kite wat kt mane2 acc dorg tu.polis tak cube siasat ke ek?

    plek btol..

    • Hurm, wallahualam. Kadang-kadang nombor dijual pada sindiket, sama macam akaun bank. Polis tu cakap ada sesetengah kes, ahli sindiket tidak mengaku dan pemilik nombor telefon/bank account akan kata yang mereka menjual nombor telefon/bank account pada orang yang tidak dikenali kerana kesempitan wang. So, mahkamah terpaksa lepaskan. Geram juga. Harapnya pihak polis tulus dalam siasatan. Wallahualam.

  3. Pingback: Individu Scam Sampai RM150,000! | Sebaik-baik Cahaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>