Hukum Bunuh Cicak Dan Lain Berkenaan

Assalamualaikum,

semalam ana lihat ada orang yang menjual pistol angin yang rupanya macam senapang pun ya, macam M16 pun ya. Dengar kata haram penjualannya di Malaysia kerana merupai yang sebenar tapi pistol angin yang ni dari jauh pun dah tau pistol mainan. Penjual menyebutlah tentang kekuatan tembakan hinggalah kepada dapat menembak cicak. Teringat pula ana, dulu masa kecil nenek selalu cakap yang membunuh cicak itu dapat pahala dan sunat. Tambahan pula jika membunuhnya pada hari jumaat.

Waktu kecil sememangnya jadi pak turut aje, namun bila dah dewasa ini ada baiknya mengetahui kebenaran di sebalik apa yang diperkatakan itu. Manalah tau ia hanya satu bid’ah yang tidak bagus, tak pepasal dipersalahkan kerana membunuh haiwan. Ingat ya sahabat, ada orang yang masuk neraka kerana menyeksa haiwan.

Maka seperti biasa, perkara paling mudah dibuat adalah “Ask Google” dan banyak juga laman web yang telah bincangkan hal ini contohnya ustazazhar.com, abgnua.blogspot dan ehoza.com (dulu biasanya pergi ke ehoza untuk dapatkan Penawar Brontok). Jadi, kesimpulannya memang ada hadith berkaitan membunuh cicak.

Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda “Sesiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan ditulis baginya 100 kebajikan, dan membunuhnya dengan dua kali pukulan ditulis baginya kebajikan kurang dari yang pertama, dan membunuhnya dengan tiga kali pukulan, kebajikannya kurang dari yang kedua.” Riwayat Muslim.

Ini bermakna paling afdal bunuh cicak dengan sekali pukul, bukannya menghentak dengan dua tiga kali. Kalau pakai pistol angin sah-sah kena pukul kurang-kurang pun dua kali. Jadi rugilah sebab tembakan pertama untuk jatuhkan cicak dan yang kedua untuk membunuhnya.

Mengapa pula dibunuh cicak ini, ada juga isnad hadisnya.

Daripada Sanibah Maulah al-Fakih ibn al-Mughairah yang menemui Aisyah r.a di dalam rumahnya lalu beliau melihat di dalam rumah Aisyah r.a ada lembing, lalu ditanya tentangnya: Wahai umm al-mukminin, apa yang anda lakukan dengan lembing ini? Jawab Aisyah r.a “Kami gunakannya untuk membunuh cicak-cicak, kerana Rasulullah s.a.w menceritakan kepada kami, Nabi Ibrahim dicampakkan ke dalam api, tiada binatang melata di muka bumi semuanya berusaha untuk memadamkannya melainkan cicak, ia meniup (memarakkan api) ke atas Nabi Ibrahim, lalu Rasulullah s.a.w menyuruh kami membunuhnya.” Riwayat Ibnu Majah.

Ini menunjukkan Rasulullah s.a.w menceritakan kepada isteri-isteri baginda apa yang telah cicak lakukan. Malahan ana pernah mendengar bahawa cicak membuat bunyi semasa kafir Quraisy mencari Rasulullah s.a.w sewaktu Rasulullah s.a.w berada di gua Hira’ dan labah-labah membantu Rasulullah s.a.w dengan membuat sarang di mulut gua supaya kafir Quraisy ingatkan tiada orang di dalam gua berkenaan.

Isteri-isteri Rasulullah s.a.w menggunakan lembing. Jadi pada hemat ana bagus juga membunuh cicak dengan batang yang runcing kerana jika Rasulullah s.a.w melakukan sedemikian, dapatlah kita pahala meneruskan sunnah. Satu lagi hal, lembing itu disediakan di dalam rumah maka ini bermakna cicak yang dibunuh adalah cicak rumah dan bukannya adik beradik cicak yang termasuk dalam keluarga lizard seperti buaya, biawak komodo, kameleon dan sebagainya. (Betulkan ana jika ana salah)

Namun yang demikian, tidaklah pula ana jumpa hadis berkenaan membunuh cicak di hari jumaat atau malam jumaat. Wallahualam.

P/S: Malaysia mencipta cicak man sedangkan cicak sunat dibunuh sedangkan barat mencipta spider man sedangkan labah-labah membantu Rasulullah s.a.w, sangat ironik.

No related content found.

This entry was posted in Tazkirah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>