Assalamualaikum,
dengan izin Allah maka terbukalah pekung Israel pada hari ini berkaitan program senjata nuklearnya. Selama ini, Israel mengambil polisi opacity (opacity ialah polisi di mana sebuah negara tidak menolak atau membenarkan sesuatu kenyataan) terutama di dalam Nuclear Non-Proliferation Treaty (NNPT) dan lebih kepada mengutuk negara lain seperti Pakistan dan Iran. Pendedahan ini telah dilakukan oleh seorang ahli akademi Amerika, Sasha Polakow Suransky (mungkin berhijrah) yang mengkaji tentang bekas kerajaan era apartheid (apartheid ialah era di mana berlaku penindasan orang inggeris ke atas orang Afrika atas warna kulit) di Afrika Selatan.
Dokumen yang mendedahkan program nuklear Israel ialah dokumen menunjukkan Israel mahu menjual nuklearnya kepada kerajaan apartheid di Afrika Selatan. Sewaktu itu, Shimon Peres adalah menteri pertahanan. Di dalam dokumen berkenaan, tentera apartheid mahu membeli roket dari Israel untuk digunakan bagi menyerang negara lain. Israel pula membalas dengan memberikan pilihan samada mahu membeli roket konvensional, roket berkepala biokimia atau roket berkepala nuklear. Israel turut menyebut bahawa “kita mempunyai musuh yang sama” iaitu negara Islam di keliling mereka.
Kerajaan Israel cuba untuk menutup mulut kerajaan Afrika Selatan daripada menghebahkan dokumen rahsia berkenaan namun jawab kerajaan Afrika Selatan, “kami tidak mahu campur tangan dengan kawan apartheid”.
Dokumen ini turut memalukan Shimon Peres yang pernah mendapat anugerah Nobel bagi kategori keamanan. (Ana tidak terkejut pun sebab yahudi mestilah menangkan yahudi. Boleh pula dapat anugerah keamanan sedangkan Palestin tidak pernah aman. Buta betul.) Menurut kata jurucakap Shimon Peres, laporan ini tidak berasas dan tiada sebarang perjanjian dibuat. Namun jurucakap Shimon Peres tidak menafikan atau mengesahkan tentang ketulenan dokumen berkenaan.
Di dalam buku Polakow Suransky iaitu “The Unspoken Alliance : Israel’s secret alliance with Apartheid South Africa” menyebut Israel ada berjumpa wakil Apartheid untuk membincangkan berkenaan menyiapkan tentera Apartheid dengan roket Jericho yang boleh membawa nuklear. Dokumen tersebut bertarikh 31 Mac 1975. Wakil tentera Apartheid menulis memo mengatakan bahawa adalah bagus jika setiap roket Jericho dilengkapi nuklear.
Kemudian wujudlah “Projek Jericho” yang diberi kod nama Chalet. Perjumpaan rahsia diadakan antara Peres dan menteri Apartheid, Botha. Pada ketika itulah Peres mencadangkan tiga jenis kepala roket iaitu konvensional, biokimia dan nuklear. Botha tidak meneruskan pembelian kerana kos terlalu mahal. Pembelian melibatkan 8 buah roket nuklear.
Akhirnya Afrika Selatan membuat nuklear mereka sendiri dengan bantuan Israel. Sebagai pertukaran, Afrika Selatan memberi uranium kuning kepada Israel yang Israel perlukan untuk membuat senjata nuklear.
Pendedahan senjata nuklear Israel sebelum ini pernah dibuat tetapi tiada bukti kukuh. Ini adalah bukti terkukuh setakat ini. Bukti lain yang pernah diperoleh ialah:
- Vanunu menunjukkan gambar reaktor nuklear di Dimona pada tahun 1986 dan beliau dibebaskan dari Israel pada tahun 2004 setelah Mossad menangkap beliau sewaktu beliau bercuti di Greece. (Ana tengok kisah ni dalam Discovery Channel)
- Pelajar Iran merampas dokumen sewaktu revolusi Iran menunjukkan keinginan pemerintah Iran mahu membeli senjata nuklear dari Israel.
Sumber, The Guardian. Semoga ana istiqamah dalam penulisan ana, wassalam.


