Assalamualaikum,
Alhamdulillah syukur kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kerana memberi kesempatan kepada ana untuk update blog ini dalam keadaan diri yang agak sibuk dengan bermacam-macam perkara. Alhamdulillah, ana masih dikurniai nikmat iman dan Islam, InsyaAllah.
Entri kali ini adalah lebih kepada update kemas kini blog. Terima kasih ana ucapkan kepada sahabat pembaca yang berkunjung ke blog ini dan berkongsi ilmu dengan ana
Mohon sahabat untuk sebar-sebarkan ilmu yang bermanfaat dan yang paling penting untuk menilai setiap yang diterima kerana sekiranya tidak pasti maka adalah terbaik untuk dirujuk kepada yang lebih ahli.
Dua buku di atas adalah hadiah dari ibu dan ayah tercinta kepada ana sempena hari lahir ana. Sayang sekali tidak berkesempatan untuk membaca (sebab buku untuk my course pun dah tebal alam), so just stay there buat sementara waktu sementara ana membaca buku-buku yang masih belum habis dibaca. Sneak peek, buku dari Syeikh berkenaan confirm semua dah tahu penulisan hebat Syeikh Qadir al-Jailani, dan buku yang disebelahnya iaitu Men in White adalah buku berkenaan bagaimana Singapura terpisah dari Malaysia.
Maaf jika ana sound political because its in the book dan ia dijual di kedai buku terkenal. Jadi, rasanya tiada apa provokasi, betul? Anyway, kepada yang mungkin terfikir samada blog ini generate income, jawapannya tidak. Yup, memang ada Nuffnang di sebelah tu tapi lebih kepada visitor tracking sebab ana nak tengok berapa ramai statistic through. Seperti yang semua tahu, kalau web blog Islamic memang jawabnya tiada advertiser…hee…biasalah…dunia akhir usia.
Semoga ana istiqamah dalam penulisan ana, InsyaAllah. Wassalam.
P/S : Siapa yang dah daftar mengundi? Masa dah semakin suntuk untuk menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya.


