Assalamualaikum,
Ana ingin menegaskan bahawa maklumat di dalam blog ini adalah berdasarkan apa yang dibaca, didengar atau dicatatkan oleh ana samada melalui buku yang ana baca, ceramah yang ana hadiri, forum yang ana ikuti dan sebagainya. Atas ketidak maksuman dan ketidak sempurnaan seorang hamba Allah ini, maka ana memohon maaf atas segala kesilapan dan kecuaian dan memohon pencerahan dari para sahabat sekalian yang lebih ahli. Hakikat seorang Islam itu apabila menerima nasihat yang baik umpama pohon yang disirami air.
Ana berharap entri di blog ini tidaklah dijadikan sebagai suatu rujukan, cuma suatu informasi yang mana maklumatnya adalah lebih baik ditanya secara terus melalui tuan guru, ustaz, mudarris, mualim dan sebagainya yang lebih ahli @ blog yang lebih berkelayakan seperti blog Ustaz Zaharuddin dan blog Saifulislam. Ana hanya ingin melontar dan menyampaikan apa yang ana pelajari untuk kemaslahatan bersama namun maklumat lanjut sekiranya ada perselisihan dalah lebih baik dirujuk kepada yang lebih ahli kerana ulama yang baik itu adalah pewaris nabi.
Perbincangan berkaitan tauhid, aqidah, dan perkara yang lebih besar (sebagai contoh pengisian kitab al-Hikam) adalah lebih baik dirujuk kepada para ulama yang berkemampuan memberikan tunjuk ajar kerana ana risau kecelaruan yang tidak dibetulkan talinya akan memintal jiwa dan membentuk mentaliti yang salah. Berguru dengan buku mengenai bab keagamaan yang kompleks tanpa seorang guru/ulama/mualim akan menjadikan syaitan sebagai gurunya, dan menyebabkan kesesatan yang tidak berpenghujung kecuali kembali ke jalan Allah yang benar.
Semoga apa dicatat dan diberikan di dalam blog ini memberi kebaikan untuk kita bersama, di dunia dan di akhirat, InsyaAllah. Ini kerana Rasulullah s.a.w menyarankan kepada kita untuk menyampaikan suatu ilmu meskipun satu ayat, dan antara pembantu kita di alam Barzakh di mana segalanya terputus kecuali tiga dan antaranya ialah ilmu yang bermanfaat. Wassalam.

