Makanan Halal & Haram

Assalamualaikum,

Makanan adalah penting bagi umat Islam kerana ia adalah untuk membina kekuatan untuk beribadah kepada Allah. Kesan makanan pada diri adalah amat penting, samada di dunia atau akhirat. Oleh kerana itu, ana harap page ini dapat membantu sedikit sebanyak.

Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya, “Wahai orang-orang yang beriman, makanlah barang-barang yang bersih daripada apa yang telah kami kurniakan kepada kamu.” Riwayat Muslim

Tidak semua emulsifiers haram. Emulsifier (Lecithin) boleh didapati dalam dua kaedah iaitu melalui ekstrak soya dan ekstrak haiwan. The point is, adakah kita tahu its extract soya atau haiwan, unless if its stated. Memang hakikatnya akan banyak makanan jatuh dalam kategori Emulsifier yang ada di bawah, trust me…

Tinggalkan yang syubhah, makanlah yang halal, jauhkan yang haram, InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya, “Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya.” Riwayat At-Tirmizi

Tepung whey, atau Whey powder masih lagi di bawah kajian. Produk ini adalah hasil susu dan rennet. Rennet itu diekstrak dari perut anak lembu. Kehalalan whey itu bergantung bagaimana proses ekstrak dari anak lembu terbabit, adakah melalui penyembelihan halal? Maka itulah persoalannya. Oleh itu, adalah baik sekiranya dapat mengelak dari menggunakan makanan yang mengandungi whey kerana ianya dalam kategori ‘tidak pasti’ kecuali yang disahkan halal oleh JAKIM.

Rujukan untuk Whey : http://www.albalagh.net/halal/col4.shtml , http://www.ifanca.org/glossary/

Sekiranya para sahabat ingin melihat status halal makanan, sahabat boleh melayari laman web http://halal.gov.my yang mana di bahagian direktori halal, sahabat boleh menaip syarikat pengeluar dan di bahagian hujung ada ikon notepad dan sahabat boleh melihat senarai makanan yang disahkan halal oleh JAKIM. Senarai hotel halal juga boleh dilihat di sana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>